ARKIB : 18/03/2007
KUALA LUMPUR Rekod tanpa
kalah Selangor gagal dipertahankan apabila tewas mengejut 2-1 kepada TMFC dalam
saingan Kumpulan A bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.
Debrah Derrick memberikan gol
awal buat TMFC pada minit ke-16 tetapi bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal
Rakhili mengikat kedudukan 1-1 di minit ke-35.
Gol kemenangan dijaringkan oleh
Hairul Nizam Haniff pada minit ke-45.
Di Stadium Jcorp, Johor Pasir
Gudang meraih tiga mata penuh apabila mudah mengetepikan saingan Kuala Lumpur
3-2.
Gol-gol tuan rumah dijaringkan
oleh Aiyajuwolo Emola (m-17), Mohd. Ridzuan Maun (m-66) dan Mohd. Jasazrin
Jamaluddin (m-74) manakala Kuala Lumpur memperoleh jaringan menerusi Mohd. Ivan
Yusof (m-49) dan Salamy Kevin Andri (m-89).
Di Stadium Utama, Kangar, tuan
rumah Perlis tersentak mengalami kejutan apabila tewas tipis 1-0 kepada Johor
FC.
Gol kemenangan Johor FC dijaringkan
oleh pemain gantian Mohd. Syaiful Sabtu pada minit ke-89.
Buat Perlis ini adalah
kekalahan kedua daripada lima perlawanan untuk kekal mengutip lima mata.
Di Stadium Bandaraya, Pulau
Pinang mengalami kekalahan apabila tunduk 2-1 kepada Kelantan.
Membuka jaringan menerusi
Taufik Ibrahim pada minit ke-11 namun dua jaringan pemain Kelantan melalui
Carlos Patricio (m-42) dan Zulihsan Yunus (m71) meranapkan impian Pulau Pinang.
Dalam Kumpulan B, Terengganu
merampas tampuk pendahulu apabila mudah menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah.
Kemenangan itu memastikan
Terengganu meraih 13 mata untuk memintas Melaka.
Dua gol menerusi Che Hishamuddin
Hassan (m-37) dan Sharley Lins Miranda (m-45) sudah cukup memastikan kemenangan
manis tuan rumah manakala gol sagu hati Melaka dijaringkan oleh Faderin Kader
(m-82).
Dalam Kumpulan C, Kedah muncul
sebagai pendahulu dalam saingan paling menarik dengan menewaskan Perak 2-1 di
Stadium Darul Aman.
Gol kemenangan Kedah
dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Saramsak Kram pada minit ke-90.
Perak membuka jaringan melalui
Ahmad Shahrul Azhar (m-33) tetapi Marlon Alex James mengikat kedudukan pada
minit ke-71.
Di Stadium Likas, Sabah gagal
mengekalkan rekod tanpa kalah apabila tewas mengejut 2-1 kepada Polis.
Dua gol Polis jaringan Bernard
Hsi Changi (m-10, m38) manaka gol Sabah menerusi Charles Obi lapan minit
selepas itu.
Di Stadium Sarawak, tuan rumah
meraih kemenangan pertama menewaskan Pahang 3-1.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tPSPfzLa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan