Akmal Rizal
letak jawatan, tak sanggup...
MyMetroArena
Dziyaul Afnan
Abdul Rahman
c
ws@nstp.com.my

KANGAR:
Jurulatih skuad bawah 17 Singa Utara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli meletakkan
jawatannya selaku jurulatih skuad itu selepas tiga bulan membimbing pasukan.
Akmal Rizal
berkata, dia akan menyerahkan surat perletakan jawatan selewatnya Selasa ini
dan hala tuju pasukan yang dibimbingnya itu akan ditentukan sendiri oleh
Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).
Katanya,
faktor utama perletakan jawatannya adalah berikutan gaji yang tidak dibayar
oleh PFA kepadanya sejak 1 Disember lalu.
"Saya
belum terima apa-apa bayaran sejak memulakan sesi kejurulatihan bersama PFA
sampai sekarang.
"Sejujurnya,
saya tak nampak hala tuju PFA dalam menguruskan skuad bawah 17 negeri dan segalanya
berubah sama sekali tidak mengikut perancangan yang dimaklumkan pengurusan PFA
kepada saya sebelum ini.
"Saya
sudah melakukan sesi pemilihan sebanyak dua kali dan senarai penuh pemain sudah
ada, tetapi bila ditanya mengenai soal pertukaran sekolah pemain dan jadual
latihan, pihak pengurusan hanya minta saya menunggu sahaja," katanya yang
dihubungi, hari ini.
Akmal Rizal
berkata, dia sudah tidak boleh menunggu lagi memandangkan dirinya ada
tanggungan dan keluarga yang perlu diuruskan.
"Dahulu
lain dan segala perancangan nampak elok tetapi seolah ada sesuatu yang tak
betul sedang berlaku dan setiap kali ditanya mengenai pembangunan pemain pihak
pengurusan minta saya menunggu.
"Perkara
sebegini tidak boleh berlaku kerana industri bola sepak kita sedang membangun
dan saya harap pihak pengurusan perlu teliti selepas ini dan perlu ukur baju di
badan sendiri setiap kali menandatangani kontrak jurulatih serta pemain,"
katanya.
SUMBERArtikel ini
disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 1:39 PM