ARKIB : 05/12/2010
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) akan mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemainnya, Akmal
Rizal Rakhli kerana mengeluarkan kenyataan memburukkan persatuan tersebut dan
berunsur fitnah.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa
berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain kebangsaan itu tidak
tepat sama sekali kerana pihaknya masih belum membayar sebarang bonus kepada
mana-mana pemain yang menjulang Piala Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, KAFA sedang
menunggu sumbangan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Pas Kelantan sebelum
bayaran bonus dibuat sepenuhnya kepada para pemain.
"Jumlah bayaran kepada para
pemain juga masih belum diputuskan lagi. Apa yang telah dibayar ialah bayaran
sebagai ganti kepada yuran menandatangani perjanjian bagi mereka yang
menyambung kontrak dan tambahan gaji kepada semua pemain yang terus berkhidmat
dengan KAFA.
"Saya percaya mereka yang
pindah juga dapat benda sama dengan pasukan baru mereka, apakah KAFA kena
samakan pemain yang setia dengan pasukan pemain yang lompat mencari wang lebih
semata-mata," katanya kepada Mingguan Malaysia melalui pesanan khidmat
ringkas (SMS), semalam.
Beliau mengulas kenyataan Akmal
yang mendakwa KAFA tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu
pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.
Akmal dilaporkan mendakwa, dia
bersama lima lagi pemain iaitu Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi
Mat Rose, Nor Farhan Mohamad dan Syed Adney Syed Hussin tidak diberikan bonus
kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja
musim Liga Malaysia 2010 berakhir.
"Saya dukacita dengan
kenyataan buruk Akmal Rizal dan satu tindakan yang tegas akan diambil.
"Tindakan juga akan diambil
terhadap pemain dan bekas pemain yang membuat kenyataan tidak tepat dan
bersifat fitnah terhadap KAFA," katanya.
Bagaimanapun, Annuar tidak
menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap Akmal Rizal.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5d7FV77AE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan