Selasa, 14 Mei 2019

MALAYSIA 0-6 MANCESTER UNITED

Julai 23, 2001 - Name Of Event: The Star Challenge Cup
Malaysia Star          0-6     Manchester United
Ruud van Nistelrooy (7',35'), Andy Cole (46',77'), David Beckham (29'), Luke Chadwick (70') Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 80,000)
Malaysia
Penjaga Gol: Kamarulzaman Hassan, Azmin Azram Aziz dan Mohd. Syamsuri Mustafa

Pertahanan: S. Jayaprakash, Rezuan Radzy, Mazuki Yusof, Norhafiz Zamani Misbah, K. Rajini, Mohd. Nizam Jamil dan Abd. Aziz Ismail

Tengah: Subri Sulong, Ahmad Shahrul Azhar, K. Rajan, Chow Chee Weng, Mohd. Shawal Johadi, Mohd. Syaiful Sabtu, Mohd. Shukor Adan, Juzaili Samion, Indra Putra Mahayuddin dan D. Surendran

Penyerang: Hairuddin Omar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nizaruddin Yusof, Rudie Ramli, Fadzli Shaari dan Mohd. Fareed Shah

Manchester United
Penjaga Gol: Fabien Barthez dan Raimond van ger Gouw
Pertahanan: Jaap Stam, Gary Neville, Phil Neville, Ronny Johnsen, Wes Brown dan Denis Irwin
Tengah: Roy Keane, Paul Scholes, David Beckham, Nicky Butt, Ryan Giggs, Juan Sebastian Veron dan Quinton Fortune
Penyerang: Ruud van Nistelrooy, Andy Cole, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solksjaer dan Luke Chadwick[1]



[]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Julai 26, 2003 - MALAYSIA 0-4 BIRMINGHAM CITY

Birmingham City
Stern John (8',50'), Stephen Clemence (76'), Bryan Hughes (81')          4-0     Malaysia       Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 12,000)
Ref: Rob Styles (England).
Birmingham City: 1-Ian Bennett (13-Colin Doyle 78); 2-Jeff Kenna, 26-Olivier Tebily, 5-Darren Purse (25-Matthew Upson 46), 23-Jamie Clapham (32-Stephen Clemence 63); 7-Paul Devlin, 8-Robbie Savage, 24-Darren Carter, 16-David Dunn (11-Stan Lazaridis 46); 9-Geoff Horsfield (10-Bryan Hughes 63), 14-Stern John (22-Damien Johnson 70).

Malaysia: 1-Azmin Azram Aziz (22-Syamsuri Mustaffa 85); 23-Yosri Derma Raju, 3-Norhafiz Zamani Misbah, 18-Kaironnisam Sahabuddin Hussain, 19-Rosdi Talib; 20-Hairuddin Omar (7-Fadzli Saari 53), 24-K.Nanthakumar (17-Juzaili Samion 53), 15-Tengku Hazman Raja Hassan (25-Shukor Adan 72), 13-Indra Putra Mahayuddin; 14-Akmal Rizal Rakhli (9-Eddy Helmi Manan 65), 10-Nizaruddin Yusof (11-Irwan Fadli Idrus 60).[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

MALAYSIA 1-4 CHELSEA Julai 25, 2003 - Separuh Akhir

Malaysia
Hairuddin Omar (40')        1-4     Chelsea
Frank Lampard (36'), Jimmy Floyd Hasselbaink (70'), Eidur Gudjohnsen (83'), Glen Johnson (85')     Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 21,000)
Ref: Subkhiddin Salleh (Malaysia).
Malaysia: 1-Azmin Azram Aziz; 23-Yosri Derma Raju, 3-Norhafiz Zamani Misbah (16-Aziz Ismail 29), 18-Kaironnisam Sahabuddin Hussain, 19-Rosdi Talib; 20-Hairuddin Omar (7-Fadzli Saari 82), 24-K.Nanthakumar, 15-Tengku Hazman Raja Hassan (C) (17-Juzaili Samion 79), 13-Indra Putra Mahayuddin; 14-Akmal Rizal Rakhli, 10-Nizaruddin Yusof (11-Irwan Fadzli Idrus 72).

Chelsea: 35-Marco Ambrosio; 15-Mario Melchiot, 26-John Terry (C), 29-Robert Huth (5-Glen Johnson 28), 4-Wayne Bridge; 30-Jesper Gronkjaer (22-Eidur Gudjohnsen 62), 8-Frank Lampard (27-Alexis Nicolas 71), 36-Joe Keenan, 11-Boudewijn Zenden (21-Damien Duff 62); 32-Mikael Forssell (18-Sebastien Kneissl 62), 39-Carlton Cole (9-Jimmy Floyd Hasselbaink 62).[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

MALAYSIA 0-1 NORWICH

Julai 17, 2004
Malaysia       0-1     Norwich
Matt Svensson (35') Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 32,000)
Malaysia: Syamsuri Mustaffa, Norhafiz Zamani Misbah, Fadzli Shaari, Irwan Fadli Idrus, Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Rakhli, Tengku Hazman Raja Hassan, K. Nanthakumar (Mohd Shukor Adan), Mohd Khaironnisam Sahabuddin, Rosdi Talib (V. Sravanan), Wan Rohaimi Wan Ismail

Norwich: Robert Green, Marc Edworthy, Adam Durry, Simon Charlton (Jason Shackell), Craig Fleming, Ian Henderson, Youssef Safri (Phil Mulryne), Matt Svensson (Zema Abbey), Damien Francis (Gray Holt), Jim Brennan, Ryan Jarvis (Paul McVeigh).[1]



[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Sabtu, 11 Mei 2019

KEPUTUSAN PENUH PERAK 2-1 PKNP

AKMAL RIZAL MENGULAS PELAWANAN SUKU AKHIR DUA PIALA FA





SUMBER-siran langsung TV9

Jumaat, 10 Mei 2019

Becskei: Malaysia perlu menang

ARKIB : 03/09/2004
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
INDRA Putra Mahayuddin (kiri) dan Akmal Rizal mendapat kepercayaan Becskei untuk menggempur kubu China pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Pulau Pinang, Rabu depan.

JURULATIH kebangsaan, Bertalan Becskei mahukan kemenangan dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang China minggu depan sebagai pembuka tirai tugas pertamanya bersama pasukan bola sepak negara.

Bersandarkan kemenangan 2-1 dalam perlawanan persahabatan menentang Thailand sebelum ini, jurulatih kelahiran Hungary itu melihat ada sinar baru dalam pasukan yang dibentuk kira-kira dua bulan lalu untuk menang pada perlawanan di Pulau Pinang, Rabu depan.

Lebih daripada itu, dia yakin barisan pilihannya yang sebahagian besarnya adalah anak didik bekas jurulatih, Allan Harris yang digabungkan dengan pemain muda mampu memulihkan semula maruah negara walaupun sedar peluang layak ke Piala Dunia 2006 tipis.

``Menang sudah memberi kepuasan kepada saya sebagai jurulatih, apatah lagi ini merupakan tugas pertama saya bersama pasukan kebangsaan.

``Dalam perlawanan minggu depan, saya akan terus menggunakan khidmat sebahagian besar anak didik Harris serta mengekalkan format 4-4-2 yang serasi dengan corak permainan pemain tempatan,'' katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Pasukan kebangsaan menduduki tangga tercorot Kumpulan 4 kelayakan Piala Dunia zon Asia tanpa sebarang mata bersama China, Kuwait dan Hong Kong.

Malaysia tewas 4-0 kepada China dalam perlawanan pusingan pertama di Tianjin, 9 Jun lalu.

Mengenai barisan pelatih kebangsaan, secara keseluruhan, Becskei masih mengekalkan Akmal Rizal, Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin dan Tengku Hazman Raja Hassan.

Becskei turut memberi kepercayaan dengan menyenaraikan penyerang veteran, Rusdi Suparman.

Bekas penjaga gol bawah 23 kebangsaan, Kamarulzaman Hassan (Sarawak) dan pertahanan Perak, Asmawi Bakiri turut tersenarai.

Sementara pemain muda yang mendapat perhatian Becskei ialah Mohd. Razman Roslan dari Selangor



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4fQ9cQ43y



© Utusan Melayu (M) Bhd

PEMAIN PILIHAN BECSEI 2004


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Secara keseluruhan Becskei, dari Hungary masih mengekalkan sebahagian besar pemain pilihan Harris di semua posisi.
Becskei mengekalkan penyerang berkaliber, Akmal Rizal Rakhli di posisi depan bersama V. Saravanan dan Indra Putra Mahayuddin.
Di posisi midfield, sebahagian besar calon terdiri daripada tonggak yang sama sewaktu kendalian Harris seperti K. Nanthakumar (Perak), Mohd. Fadzli Saari, Hairuddin Omar (Pahang), Eddy Helmi Abd. Manan (Johor FC), Mohd. Shukor Adan (Selangor) dan Tengku Hazman Raja Hassan (Perlis).
Dua penjaga gol kepercayaan Harris, Jamsari Sabian (MPPJ Selangor) dan Syamsuri Mustafa (Terengganu) terus mendapat tempat dalam senarai pemain pilihan Becskei.
Norhafiz Zamani Misbah terus mendapat kepercayaan Becskei bersama tonggak pertahanan regular kebangsaan seperti Irwan Fadzli Idrus, Rosdi Talib (Pahang), Yuzaiman Zahari (MPPJ Selangor).
Antara muka baru yang dipanggil oleh Becskei termasuk Madzalan Emoi (Sabah), G. Jeevanatham (Johor FC), Azizan Baba (Melaka), Azlan Hussain, Mohd Munir Amran, Mohd Farid Dewan (Melaka Telekom), Khairul Anmar Taam (PKNS), Norfazly Alias, Mohd Shahrul Ezrain Shamsuddin (Terengganu) dan Khairan Eroza Razali (Kelantan) SKMK.[1]


[1]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4fBaagXZj© Utusan Melayu (M) Bhd

Misi terakhir Harris gagal


 ARKIB : 18/07/2004
Oleh JOHARI SHAWAL
Pemain Norwich City, Matt Svensson (kanan) menanduk bola ke dalam gawang Malaysia walaupun cuba dihalang pemain negara, Wan Rohaimi Wan Ismail dan penjaga gol, Mohd. Samsuri Mustafa (kiri) untuk gol kemenangan pasukannya dalam pertemuan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Tandukan mudah penyerang Sweden, Matt Svensson memberikan kemenangan tipis 1-0 Norwich City ke atas Malaysia dalam aksi bola sepak persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Gol tunggal perlawanan yang dihasilkan pada minit ke-34 itu cukup memberikan kelegaan buat pasukan bimbingan Nigel Worthington yang sedang melakukan persiapan terakhir menjelang bermulanya Liga Perdana England bulan depan.
Keputusan itu sebaliknya kurang menceriakan Allan Harris yang bakal meninggalkan pasukan negara dengan kekalahan sebelum digantikan jurulatih baru dari Hungary, Bicskei Bertalan selepas ini.
Aksi awal babak pertama kurang menghiburkan dengan kedua-dua pasukan bermain terlalu berhati-hati.
Begitu pun Malaysia lebih dulu memulakan serangan bahaya dengan penyerang negara, Akmal Rizal Rakhli membuat percubaan leret dari luar kotak penalti tetapi sepakannya agak lemah dan tersasar di sebelah kanan pintu gol lawan.
Pasukan pelawat yang pada mulanya hanya bertahan dan sekali sekala melancarkan serangan, mudah dipatahkan barisan pertahanan negara yang diketuai Norhafiz Zamani Misbah dan Khaironissam Sahabuddin.
Namun dalam kelekaan skuad negara mencari gol awal, mereka akhirnya dihukum dengan jaringan pembukaan Norwich City pada minit ke-34 apabila bola hantaran lintang Jim Brennan ditanduk mudah Svensson ke penjuru sebelah kiri yang mengenai tiang gol sebelum menerjah jaring.
Pasukan bimbingan terakhir Allan Harris tampak bersemangat sebaik memulakan babak kedua dalam usaha mencari gol penyamaan.
Ini menyaksikan lima percubaan menarik dilakukan skuad negara yang memaksa pertahanan Norwich bekerja keras.
Antaranya peluang yang diperoleh Akmal pada minit ke-46 tetapi sepakan percuma yang diambilnya mudah dibaca penjaga gol lawan, Robert Green.
Pemain sayap kiri, Irwan Fadli Idrus pula melakukan sepakan terus dari luar kotak penalti seminit selepas itu tetapi bola melepasi palang gol.
Fadzli Shaari juga berpeluang menyamakan kedudukan tetapi tandukannya hasil sepakan percuma Rosdi Talib pada minit ke-50 tersasar sedikit di sebelah kanan gawang Norwich

© Utusan Melayu (M) Bhd

Malaysia peroleh kemenangan moral

ARKIB : 13/07/2004
PEMAIN negara, Tengku Hazman Raja Hassan (no. 15) cuba melepasi asakan yang dilakukan pemain Singapura dalam perlawanan persahabatan di Stadium KLFA Cheras, semalam. Malaysia menang 2-0. - Gambar Abdul Nazir Mohamed.

MALAYSIA mengambil kesempatan di atas kepincangan Singapura yang terpaksa bermain 10 orang sebelum mencipta kemenangan 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium KLFA Cheras, semalam, lapor JOHARI SHAWAL.
Bagaimanapun Malaysia terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk menembusi gawang Singapura selepas pemain lawan, Tan Kim Leng dibuang padang pada penghujung babak pertama.
Pemain gantian, Mohd. Shukor Adan membuka jaringan buat Malaysia pada minit ke-65 sebelum ketua pasukan, Akmal Rizal Rakhli menjaringkan gol kedua pada minit ke-90.
Gol pertama skuad negara berpunca daripada sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin yang ditanduk ke belakang K.Nanthakumar sebelum disambar Shukor untuk menewaskan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny.
Singapura bermain baik pada awal permainan tetapi tiba-tiba hilang tumpuan selepas Tan Kim Leng dibuang padang oleh pengadil perlawanan dari Thailand, Waiyabot Anucha pada minit ke-40 kerana menendang bola ke arah pengadil.
Begitu pun skuad negara masih gagal menembusi benteng kebal Singapura walaupun beberapa serangan dilancarkan menerusi gandingan pemain tengah, Eddy Helmi Manan, Tengku Azman Raja Hassan dan Nanthakumar.
Ketumpulan barisan serangan yang diketuai Akmal dan Indraputra juga menggagalkan usaha untuk mendapatkan gol awal.
Pasukan bimbingan Allan Harris bagaimanapun tampil pada babak kedua dengan lebih bertenaga namun Singapura lebih banyak mengasak kubu Malaysia untuk mencari gol penyamaan.
Akmal bagaimanapun memperoleh peluang terbaik pada pada minit ke-55 menerusi gerakan satu dua dengan Fadzli Shaari tetapi bola tandukannya tersasar sedikit di atas palang gol Singapura.
Selepas Shukor menjaringkan gol pertama, Malaysia mula menguasai permainan tetapi hanya pada minit-minit terakhir perlawanan berjaya menggandakan jaringan.
Skuad negara menghukum kelalaian barisan pertahanan Singapura apabila Akmal yang tidak dikawal melarikan bola secara solo sebelum merembat rendah dari luar kotak penalti ke sebelah kiri gawang lawan.
Ketika Akmal membawa bola itu, pemain Singapura menyangkakan permainan dihentikan untuk memberikan sepakan percuma sebaliknya pengadil meneruskannya.
Ini merupakan kemenangan ketiga skuad negara ke atas Singapura sejak Piala Tiger 2002 dan terakhir pada Sukan Sea 2003 di Vietnam lalu.
Ia juga menjadi kemenangan moral skuad Allan menjelang perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana England, Norwich City pada Sabtu ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Skuad Harris dibelasah empat gol

ARKIB : 10/06/2004
TUGAS terakhir jurulatih bola sepak kebangsaan, Allan Harris berkesudahan dengan nota mengecewakan apabila skuad bimbingannya tewas 4-0 kepada China dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2006 di Beijing, semalam.
Ia adalah kekalahan ketiga skuad negara dalam kempen itu. Sebelum ini Malaysia tewas 3-1 kepada Hong Kong dan Kuwait 2-0 di Kuantan.
Kekalahan itu meletakkan Malaysia di tempat paling bawah dalam Kumpulan 4 tanpa sebarang mata.
China yang dibimbing jurulatih dari Belanda, Arie Haan unggul di tempat teratas dengan maksimum sembilan mata selepas tiga perlawanan.
Sebelum turun ke gelanggang menentang China semalam, Malaysia awal-awal lagi berdepan masalah apabila terpaksa berkunjung ke negara itu tanpa beberapa pemain tonggak akibat kecederaan.
Ia termasuk penyerang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, penjaga gol Azmin Azram Aziz dan bek tengah, Norhafiz Zamani Misbah.
China sebaliknya menurunkan barisan terkuat mereka termasuk penyerang veteran, Hao Haidong, pemain yang beraksi dengan Manchester City, Sun Jihai dan penyerang berbahaya, Li Xiaopeng.
Dan hasilnya, ketiga-tiga pemain itu menyumbangkan gol dengan Xiaopeng menjaringkan dua gol pada minit ke-70 dan penalti minit ke-75.
Sebelum itu Haidong membuka jaringan pada minit ke-42 dan disusuli dengan gol jaringan Jihai minit ke-66.
Perlawanan itu merupakan yang terakhir buat Harris sebelum jurulatih dari England itu melepaskan tugasnya membimbing Malaysia. Tugas melatih skuad negara untuk baki tiga perlawanan lagi akan dipikul oleh jurulatih baru yang belum diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tiga kekalahan itu nyata menutup langsung peluang skuad negara untuk memberi saingan dalam Kumpulan 4, sekurang-kurangnya mengatasi Hong Kong.
Malaysia akan bertemu China sekali lagi di Kuala Lumpur untuk perlawanan timbal balik pada 8 September, berdepan Hong Kong pada 13 Oktober sebelum menamatkan kempen getir ini menentang pada 17 November.

Malaysia kecundang

PEMAIN Korea Selatan, Kim Do-heon cuba menyekat kemaraan pemain Malaysia, Indra Putra Mahayuddin (kiri) dalam saingan Kumpulan A bola sepak kelayakan Sukan Olimpik Zon Asia di Stadium Petaling Jaya, semalam. Malaysia tewas 0-1. - Gambar ASWAD YAHYA.
BEKAS musuh tradisi, Korea Selatan terus mengukuhkan tempatnya di tangga teratas dalam kedudukan Kumpulan A bola sepak kelayakan Olimpik apabila menewaskan Malaysia 1-0 hasil sepakan penalti Cho Jae-jin pada minit ke-43, di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam.
Jae-jin kemudian terpaksa melangkah keluar pada pada masa kecederaan setelah dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil, Ala Abdul Kadir Nema dari Iraq kerana cuba melambat-lambatkan permainan. Kekalahan tipis itu bagaimanapun telah membuktikan bahawa bola sepak Malaysia mampu berdepan dengan pasukan handalan walaupun terdapat kelemahan khususnya kegopohan pemain ketika mengawal bola.
Korea Selatan yang merupakan musuh tradisi Malaysia suatu ketika dulu, kelihatan masih dibayangi oleh kehebatan masa lampau bola sepak negara di zaman Mokhtar Dahari apatah lagi lawan mereka kali ini mencipta keputusan luar jangka apabila mencatat keputusan seri 1-1 dengan China sekali pun sebelum itu tunduk 4-1 kepada Iran.
Namun, permainan Korea Selatan agak hambar pada awal permainan setelah menyaksikan kesungguhan dan kemampuan anak-anak buah Allan Harris memberikan saingan serta sokongan padu kira-kira 14,000 penyokong tempatan.
Ini membuka ruang buat Akmal Rizal Rakhli dan rakan-rakan membuat gerakan yang sekali-sekala meresahkan kira-kira 1,500 penyokong setia Korea Selatan yang tidak henti-henti bersorak. Korea Selatan yang dijangka mudah meratah Malaysia setelah menundukkan pasukan pilihan utama Iran, dan China dengan keputusan 1-0, gagal mempamerkan permainan hebat seperti ramalan awal.
Malah mereka nyaris menerima padah apabila tandukan ketua pasukan, Akmal Rizal tinggi melepasi palang ketika permainan baru berusia tujuh minit, yang juga peluang terbaik skuad negara untuk mencipta gol pendahuluan.
Serangan sekali sekala pasukan Korea Selatan bagaimanapun membuahkan hasil ketika babak pertama berbaki dua minit apabila pemain tengah dari Terengganu, Mohd. Norhisham Hassan menjatuhkan Choi Sung-uk di dalam kawasan penalti.
Cho Jae-jin yang mengambil tanggungjawab membuat sepakan tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Mohamad Syamsuri Mustafa dengan rembatan kencang ke penjuru kanan gol.
Malaysia berusaha bangkit selepas rehat tetapi sering kehilangan bola.
Percubaan terbaik skuad negara pada babak kedua dilakukan oleh K. Rajan pada minit ke-70 apabila sepakan percumanya terpaksa ditepis oleh penjaga gol, Kim Young-kwang dan kemudian menangkap kemas satu lagi sepakan percuma pemain pertahanan itu pada minit ke-89.
MALAYSIA - Mohd. Syamsuri Mustafa, M. Ravinthiran, Norhafiz Zamani Misbah, Fadzli Saari, Irwan Fadzli Idrus, K. Rajan, Indra Putra Mahayuddin (Mohd. Safee Sali), Akmal Rizal Rakhli, R. Surendran, Mohd. Norhisham Hassan (Tengku Alias Tengku Ibrahim), Yosri Derma Raju (Rezuan Radzy)
KOREA SELATAN - Kim Young-kwang, Cho Byung-kuk, Kim Chi-gon, Park Yong-ho, Kim Do-heon, Choi Sung-uk, Choi Won-kwon, Kim Dong-jin, Kim Jung-woo (Oh Seun-bum), Choi Tae-uk (Kim Dong-hun), Cho Jae-jin

Malaysia bukan tandingan Iran

 PEMAIN Malaysia, Indra Putra Mahayuddin (kiri) dibentes oleh pemain Iran, Kabei Hossein dalam perlawanan bola sepak kelayakan Kumpulan A Sukan Olimpik, di Kelana Jaya, semalam. Iran menang 4-1.
MALAYSIA jelas bukan tandingan Iran dalam aksi bola sepak kelayakan Kumpulan A Sukan Olimpik apabila tunduk mudah 4-1 dalam perlawanan di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya, semalam.
Biarpun menggamatkan kira-kira 10,000 penyokong sendiri apabila Mohd. Fadzli Saari membuka jaringan pada minit ke-34, skuad juara Sukan Asia mudah membalas dengan empat gol dengan dua gol dihasilkan pada baki lima minit babak pertama dan dua lagi menyusul pada separuh masa kedua.
Arash Borhani menyamakan kedudukan pada minit ke-41 dan Mehrzad meletakkan Iran di depan sebelum waktu rehat dua minit kemudian. Pemain tengah berbahaya Iran, Iman Mobali menambah dua gol pasukannya pada minit ke-58 dan sepakan penalti minit ke-70. Begitupun, skuad negara bimbingan Allan Harris agak garang pada awal permainan.
Fadzli hampir memberikan gol pendahuluan pada minit kesembilan apabila menerima umpanan Indra Putra Mahayuddin tetapi percubaan pemain itu tersasar walaupun penjaga gol Iran, Seyed Mahdi Rahmati tidak berada pada posisi yang betul.
Bagaimanapun, Fadzli akhirnya menemui sentuhan yang dicari-cari pada minit ke-34 menerusi satu lagi sepakan percuma. Sepakan Indra ke gawang ditanduk rendah oleh Akmal ke sebelah kiri gawang Iran tetapi Seyed sempat melayangkan badan menguis bola yang mengenai tiang gol. Namun, bola yang melantun kembali ke tengah disambar oleh Fadzli yang mudah menolak masuk untuk menggamatkan stadium dengan sorakan penyokong tuan rumah.
Iran yang membariskan sekurang-kurangnya enam pemain yang menjuarai Sukan Asia dua tahun lalu tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan yang diperoleh pada minitke-41. Mehrzad mengambil peluang daripada keadaan kelam kabut dalam kubu Malaysia dengan merembat kencang yang ditampan Syamsuri tetapi benteng negara gagal mengekang sepakan susulan Arash yang terus menyepak masuk bola muntah.
Gol kedua Iran menyusul dua minit kemudian menerusi tandukan mudah Mehrzad yang langsung tidak dikawal hasil sepakan sudut yang diambil ketua pasukan, Javad Kazemeyan.
Barisan serangan Iran mula mempamerkan mutu aksi sebenar pasukan dari negara Arab itu pada babak kedua yang menambah dua lagi gol. Sepakan terus dari luar kotak penalti dari jarak 30 meter oleh Iman terkena badan Aziz Ismail yang gagal diselamatkan Syamsuri untuk gol ketiga Iran pada minit ke-58.
Iman menambah derita skuad negara dengan gol keempat pada minit ke-70 menerusi sepakan penalti selepas Arash dikasari.
Skuad negara berusaha merapatkan jaringan tetapi Akmal dan Safee Sali yang masuk menggantikan Surendran gagal melepasi benteng kebal Iran.
MALAYSIA Mohd. Syamsuri Mustafa, Abd. Aziz Ismail, Irwan Fadzli Idrus, Ronny Harun, M. Ravinthiran, Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Fadzli Saari, Horhisham Hassan (Fauzi Saari), K. Rajan, R. Surendran (Mohd. Safee Sali), Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
IRAN Seyed Mahdi Rahmati, Jalal Kameli (Morteza Ebrahimi), Morteza Kashi, Mohamad Nosrati, Ali Badavi, Mehrzad Madanchi, Hossein Kobei, Morteza Iazadi, Iman Mobali (Moharram Navidkia), Arash Borhani, Javad Kazemeyan (Seyed Rasool).

Jangan mudah rasa gerun

ARKIB : 29/02/2004
SKUAD Bawah 23 negara tidak sepatutnya berasa gerun dengan label pasukan kuat yang dimiliki oleh tiga pesaingnya dalam kelayakan Olimpik yang bermula minggu depan, kata pengurus pasukan Datuk Sri Dr. Ibrahim Saad semalam.
Malaysia akan berdepan dengan tiga gergasi bola sepak Asia, Iran, Korea Selatan dan China dalam saingan Kumpulan A kelayakan Olimpik. Perlawanan pertama anak-anak buah Allan Harris ialah dengan Iran di Stadium Petaling Jaya Rabu ini.
``Ya, kita berada dalam kelompok yang dianggap kumpulan maut tetapi saya mengingatkan kepada para pemain agar jangan terpengaruh dengan keadaan,'' kata Dr. Ibrahim, ketika menyaksikan skuad negara berlatih di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
``Mereka janganlah berasa gerun untuk berdepan dengan pasukan-pasukan itu kerana mereka seharusnya sedar bahawa mereka juga mempunyai keupayaan,'' katanya lagi.
Menurut beliau, kebanyakan pemain-pemain dalam skuad bimbingan Harris itu sudah berpengalaman di peringkat antarabangsa.
Antara pemain-pemain yang merupakan anggota regular skuad senior yang sedang menjalani latihan bersama dalam skuad Bawah 23 ketika ini ialah penyerang dari Kedah, Akmal Rizal Rakhli dan rakan sepasukannya, Rezuan Radzy, Irwan Fadli Idrus, dua pemain Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah dan K. Rajan serta Irwan Fadli Idrus dan Indra Putra Mahayuddin yang kini bersama Pahang.
``Mereka ini semua sudah berpengalaman luas di peringkat antarabangsa dan boleh diharapkan untuk membimbing rakan-rakan dalam setiap perlawanan,'' tegas Dr. Ibrahim, yang dilantik semula sebagai pengurus pasukan pada pertengahan bulan ini.
Kesemua pemain itu juga dijangka diserapkan ke dalam latihan pusat skuad senior, yang sedang mengadakan persiapan untuk mengharungi baki perlawanan dalam kelayakan Piala Dunia yang dikendalikan oleh K. Rajagopal.
``Selepas skuad Bawah 23 menamatkan tiga perlawanan pertama kelayakan Olimpik, beberapa orang daripada mereka akan dipanggil untuk memperkuatkan skuad senior,'' tambah beliau.
Skuad Bawah 23 negara kelihatan tambah semangat dalam latihan selepas menumpaskan kelab Tanjong Pagar FC 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Singapura Khamis lepas

AKMAL TAHUN 1996


Akmal Rizal Ahmad Rakhli dilahirkan pada 12 Disember 1981, ketinggian 170cm dan berat 72kg. Pada tahun 1999 Akmal menyertai pasukan bolasepak Olimpik Malaysia.[1]

      Penyerang utama skuad Malaysia bawah 16  tahun Akmal Rizal Ahmad Rakhli akan dihantar mengikuti latihan selama enam minggu dengan Kelab Bayern Munich. Akmal muncul penjaring terbanyak dengan 9 gol sewaktu skuad negara menjadi naib juara kejohanan Piala Nike 1996.Beliau yang masih menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid , Alur Setar Kedah adalah salah seorang anggota skuad bawah 14 tahun ketika menewaskan Ajax Amsterdam 5-4 pada tahun 1995 dan seri dengan PSV Eindhoven.[2]



[1] Arena Bolasepak, Bil.262, 15 Januari 2007, hlm.17.
[2] Obberman, Bayern Bincang Lanjutkan Tempoh Latihan, Sukan Utusan Malasia Jumaat, 12 September 1997, hlm.32.

Kita juara kumpulan

ARKIB : 07/12/2003
HO CHI MINH - Malaysia mempertahankan rekod tanpa kalah dengan mempamerkan persembahan lebih meyakinkan apabila menewaskan Myanmar 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA XXII di Stadium Thong Nhat, di sini semalam.

Pasukan negara membuka jaringan menerusi Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-35, gol kelimanya pada temasya ini, selepas melakukan hatrik ketika menewaskan Kemboja 8-1 dan satu gol ketika menewaskan Singapura 2-0.

Dua lagi gol dijaringkan Juzaili Samion pada minit ke-73 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-77 manakala gol Myanmar dijaringkan Kyaw Thu Ra (m-70) dan penjaring terbanyaknya bersama Akmal, Soe Myat Min (m-89).

Dengan menurunkan empat muka baru dalam kesebelasan utama iaitu Ronny Harun, Rezuan Radzy (pertahanan), Amri Yahyah, Mohd Norhissham Hassan (tengah) dan Zainizam Marjan, Malaysia bijak mengawal rentak permainan malah lebih baik persembahan mereka berbanding barisan utama sebelum ini.

Bola berpunca daripada sepakan kencang Indra Putra dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan dan bola yang muntah disambut dengan mudah oleh Akmal yang meluru ke depan pada minit ke-35.

Myanmar cuba mencari gol penyamaan sebaik bermula babak kedua dan mereka mencemaskan keadaan apabila sepakan volley Lai Seu Luai terkena tiang sebelah kanan pintu gol Malaysia dengan Mohd. Syamsuri Mustafa sudah pun tertewas.

Selepas Akmal dibawa keluar dan digantikan dengan R. Surendran pada minit ke-53, Myanmar sekali lagi menerusi sepakan gunting Seu Luai mencemaskan kubu Malaysia tetapi tiang sekali lagi menyelamatkan skuad negara.

Namun pada minit ke-70, selepas mengasak hebat, usaha Myanmar akhirnya berhasil apabila Kyaw Thu Ra melepasi pertahanan Malaysia dan melepaskan sepakan kencang tetapi ditepis Syamsuri sebelum bola muntah disambut semula penyerang lawan itu untuk melepas sepakan kedua yang menghasilkan gol penyamaan.

Ketika perlawanan seakan bakal berkesudahan seri 1-1, Juzaili mengejutkan Myanmar dengan gol paling cantik dan menarik yang kedua daripadanya apabila meledakkan sepakan kencang dari jarak 20 meter yang tepat menuju ke penjuru sebelah kanan gawang gol Myanmar untuk Malaysia kembali mendahului 2-1 pada minit ke-73.

Empat minit selepas itu, ketika Myanmar cuba bangkit, Indra Putra bijak mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol ketiga. Selepas JUzaili lepas di sebelah kiri, hantarannya disambut Surendran yang kemudiannya menolak bola kepada Indra yang melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti.

Gol itu bagaimanapun gagal menyekat Malaysia untuk mencipta kemenangan dan seterusnya muncul juara Kumpulan B dengan mata penuh, sembilan mata hasil daripada tiga perlawanan. - Utusan

MALAYSIA - Mohd. Syamsuri Mustafa, Abdul Aziz Ismail, Shahril Shariffuddin, Ronny Harun, Indra Putra Mahayuddin (Mohd.Harris Kamal), Juzaili Samion, Amri Yahyah, Norhissham Hassan, Akmal Rizal Rakhli (R. Surendran), Zainizam Marjan.

MYANMAR - Aung Aung Oo, Zaw Lynn Tun I, Zaw Lynn Tun II, U Thet Naing Soe (Khin Maung Tun), Kyaw Khing Win, Soe Myat Min, Aung Kyaw Moe, U Soe Lin Tun, Lai Seu Luai, U Lwin Oo, Kyaw Thu Ra.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4diaUCxuz
© Utusan Melayu (M) Bhd

MALAYSIA 2-0 SINGAPURA –SUKAN SEA 2003

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
MALAYSIA: Syamsuri Mustafa, Yosri Derma Raju, 3-Norhafiz Zamani Misbah (Shahril Faizal Sharifuddin), Aziz Ismail, Irwan Fadli Idrus (Ronny Harun), K.Rajan, Juzaili Samion, Mazuki Yusof (Norhisham Hassan), Indra Putra Mahayuddin, Fadzli Saari, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

SINGAPURA: Hassan Sunny, Anuar Shah Mohamed, Baihakki Khaizan, Razaleigh Khalik, Sevki Sha'ban, Ridhuan Muhamad, Syed Fadhil Syed Naser, Shahril Ishak, Mustaqim Manzur (Sazali Salleh), Masrezwan Masturi, Mohd Noh Alam Shah.[i]




[i]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4diKUvXOz© Utusan Melayu (M) Bhd

MALAYSIA 8-1 KEMBOJA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia          8-1 Kemboja
m-16 Yosri Derma Raju
m-45 Indra Putra Mahayuddin
m-49,51,80 Akmal Rizal Rakhli
m-58 Juzaili Samion
m-68,76 K. Rajan
MALAYSIA - Mohd. Syamsuri Mustafa, Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadli Idrus, Abd. Aziz Ismail, Yosri Derma Raju, Indra Putra Mahayuddin (Mohd. Amri Yahyah), Mohd. Mazuki Yusof (Mohd. Norhissham Hassan), Juzaili Samion, K. Rajan, Akmal Rizal Rakhli, Fadzli Saari (Mohd. Harris Kamal)

KEMBOJA - Ouk Mic, Peou Samnang, Ieng Saknida, Samel Nasa, Ung Kanyanith, Hok Sotitya, Chea Virath, Sun Sampratna, Tes Sophat, Morm Visann, Chan Rithy.[1]


[1]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4di2Yvb9p© Utusan Melayu (M) Bhd

Misi penting jumpa Singapura - Harris buat rombakan kecil

ARKIB : 02/12/2003
Daripada MOHD. TAUFEK RAZAK

HO CHI MINH - Jurulatih bola sepak negara, Allan Harris mengakui, tiada perubahan besar akan dilakukan ke atas barisan pemain yang akan diturunkan untuk berdepan Singapura pada perlawanan kedua Kumpulan B Sukan SEA, esok.

Sebaliknya, beberapa perubahan kecil sahaja akan dilakukan ke atas posisi pemain terutama dalam usaha untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan dan serangan skuad negara.

Beliau berkata, setakat ini, barisan kesebelasan utama ketika menentang Kemboja mungkin akan dikekalkan dan keputusan muktamad mengenai sebarang perubahan akan diumumkan selepas sesi latihan hari ini.

``Saya tidak fikir untuk melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama tetapi sekadar beberapa perubahan kecil sahaja.

``Ia bergantung juga kepada kecergasan pemain dalam latihan. Cuma apa yang penting perlu saya lakukan sekarang ialah menguatkan tumpuan pemain kepada perlawanan itu,'' ujarnya.

Sehingga ini, Akmal dilihat akan terus mengetuai barisan serangan dan gandingannya di barisan depan dijangka akan berubah kerana kemungkinan Zainizam Marjan akan diturunkan.

Zainizam tidak beraksi ketika menentang Kemboja sebaliknya Akmal digandingkan dengan Fadzli Saari yang kemudiannya digantikan dengan Haris Safwan Kamal.

Sehubungan itu, Harris berharap pemain lain juga dapat menjaringkan gol memandangkan Akmal dijangka dikawal ketat pada perlawanan penting itu.

``Saya percaya, Akmal dan K. Rajan akan diberi kawalan ketat kerana Malaysia bukan asing bagi pasukan Singapura yang merupakan musuh tradisi sejak sekian lama.

``Mereka mengetahui kekuatan kita dan siapa pemain yang perlu diberikan perhatian. Jadi penting bagi pemain lain menjaringkan gol jika kita mahu menang,'' tegas Harris.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad mahu skuad Sukan SEA negara mengikut jejak pasukan senior negara menewaskan Singapura 4-0 pada Piala Tiger yang lalu.

Katanya, jika Malaysia boleh mengalahkan Singapura di gelanggang mereka ketika itu, mengapa kita tidak boleh melakukannya sekali lagi di Ho Chi Minh ini.

``Kita memiliki lima pemain pada Piala Tiger lalu dalam pasukan ke Sukan SEA ini dan tentunya ia satu kelebihan berbanding Singapura yang mempunyai satu dua pemain berpengalaman,'' katanya.

Hari ini, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dijadualkan tiba di Ho Chi Minh untuk bertemu pemain dan seterusnya memberikan sokongan moral pada perlawanan menentang Singapura, esok. - Utusan

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4diAmTA5n
© Utusan Melayu (M) Bhd