Jumaat, 22 September 2017

Piala Malaysia: Selangor, Perak, Perlis rebah



ARKIB : 18/03/2007

KUALA LUMPUR – Rekod tanpa kalah Selangor gagal dipertahankan apabila tewas mengejut 2-1 kepada TMFC dalam saingan Kumpulan A bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Debrah Derrick memberikan gol awal buat TMFC pada minit ke-16 tetapi bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhili mengikat kedudukan 1-1 di minit ke-35.

Gol kemenangan dijaringkan oleh Hairul Nizam Haniff pada minit ke-45.

Di Stadium Jcorp, Johor Pasir Gudang meraih tiga mata penuh apabila mudah mengetepikan saingan Kuala Lumpur 3-2.

Gol-gol tuan rumah dijaringkan oleh Aiyajuwolo Emola (m-17), Mohd. Ridzuan Maun (m-66) dan Mohd. Jasazrin Jamaluddin (m-74) manakala Kuala Lumpur memperoleh jaringan menerusi Mohd. Ivan Yusof (m-49) dan Salamy Kevin Andri (m-89).

Di Stadium Utama, Kangar, tuan rumah Perlis tersentak mengalami kejutan apabila tewas tipis 1-0 kepada Johor FC.

Gol kemenangan Johor FC dijaringkan oleh pemain gantian Mohd. Syaiful Sabtu pada minit ke-89.

Buat Perlis ini adalah kekalahan kedua daripada lima perlawanan untuk kekal mengutip lima mata.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang mengalami kekalahan apabila tunduk 2-1 kepada Kelantan.

Membuka jaringan menerusi Taufik Ibrahim pada minit ke-11 namun dua jaringan pemain Kelantan melalui Carlos Patricio (m-42) dan Zulihsan Yunus (m71) meranapkan impian Pulau Pinang.

Dalam Kumpulan B, Terengganu merampas tampuk pendahulu apabila mudah menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kemenangan itu memastikan Terengganu meraih 13 mata untuk memintas Melaka.

Dua gol menerusi Che Hishamuddin Hassan (m-37) dan Sharley Lins Miranda (m-45) sudah cukup memastikan kemenangan manis tuan rumah manakala gol sagu hati Melaka dijaringkan oleh Faderin Kader (m-82).

Dalam Kumpulan C, Kedah muncul sebagai pendahulu dalam saingan paling menarik dengan menewaskan Perak 2-1 di Stadium Darul Aman.

Gol kemenangan Kedah dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Saramsak Kram pada minit ke-90.

Perak membuka jaringan melalui Ahmad Shahrul Azhar (m-33) tetapi Marlon Alex James mengikat kedudukan pada minit ke-71.

Di Stadium Likas, Sabah gagal mengekalkan rekod tanpa kalah apabila tewas mengejut 2-1 kepada Polis.

Dua gol Polis jaringan Bernard Hsi Changi (m-10, m38) manaka gol Sabah menerusi Charles Obi lapan minit selepas itu.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah meraih kemenangan pertama menewaskan Pahang 3-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tPSPfzLa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan