
Pemain Selangor Akmal Rizal
Rakhli (kanan) diasak oleh pemain Kuala Muda Naza dalam perlawanan Piala FA di
Stadium Darul Aman, Alor Star semalam. Gambar ISMAIL KAMADIN
KUALA LUMPUR Juara empat
kali, Selangor dimalukan kelab Liga Perdana, Kuala Muda NAZA apabila tewas 0-1
pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, semalam.
Pasukan Merah Kuning itu
terpaksa menerima hakikat tunduk kepada jaringan tunggal perlawanan menerusi
Farderin Kadir pada minit ke-48.
Ternyata status Selangor selaku
juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 di samping pasukan di tangga kedua Liga Super
ketika ini langsung tidak menggerunkan Kuala Muda NAZA.
Sebaliknya beraksi di
gelanggang sendiri menyuntik semangat Kuala Muda NAZA untuk sekurang-kurangnya
membawa bekalan agak baik menjelang suku akhir kedua di Stadium Shah Alam pada
22 April ini.
Juara bertahan, Kedah pula
seperti dijangka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Melaka 4-1 pada
perlawanan di Stadium Hang Tuah.
Gol-gol pasukan pelawat
dijaringkan Sabri Abu (m-15), Marlon Alex James (m-48, pen-77) dan Mohd. Fadly
Baharom.
Pahang juga memperoleh bekalan
selesa apabila menewaskan Sabah 3-1 pada perlawanan di Stadium Darul Makmur.
Sabah bagaimanapun lebih dulu
membuka jaringan menerusi Bobby Gonzales (m-23) sebelum Norhafiz Zamani Misbah
(m-33), Tarek El Janaby (pen-65) dan Hairuddin Omar (m-79).
Satu lagi perlawanan
menyaksikan Terengganu turut mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Felda
United pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Pasukan tuan rumah mudah
mendahului 3-0 menerusi jaringan sendiri Farouk Hashim (m-11) diikuti gol Che
Hishamuddin Hassan (m-33) dan Fabior Flor (m-49).
Hanya selepas Terengganu
memperlahankan rentak permainan, Felda United berpeluang memperoleh gol
saguhati menerusi Badrol Afzan Razali (m-66)
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4yrdR9fEO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan