ARKIB : 23/02/2006
KUCHING - Bekas penyerang bola
sepak kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)
`membebaskannya' bagi membolehkannya beraksi di kelab luar negara setelah
tawaran dari Singapura terpaksa dilupakan gara-gara terikat dengan kontrak KFA.
Menurut pemain yang dibelenggu
rasa hampa gara-gara gagal melepasi ujian kecergasan (cooper test), ketika ini
dia mendapat tawaran menarik dari kelab di Brunei dan Hong Kong dan tidak mahu
terus terlepas peluang tersebut.
``Saya masih berbincang dengan
PFA untuk membatalkan kontrak musim ini bagi membolehkan saya mencari haluan
baru bersama kelab di luar negara,'' katanya.
Tambah Akmal, bukan mudah
mendapat tawaran dari kelab luar negara apatah lagi belum ada pemain tempatan
yang beraksi di luar negara sekali pun di Asia Tenggara.
``Tawaran itu merupakan satu
penghormatan bagi saya, tentunya saya tidak mahu terlepas setelah terpaksa
melupakan hasrat beraksi dengan Woolands Wellington di Singapura,'' ujarnya.
Akmal dibelenggu gelisah kerana
kegagalan melepasi enam sesi ujian Cooper iaitu berlari 3,000 meter dalam 12
minit
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4kmUyuz7V
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan