Ahad, 19 Mac 2017

Akmal, Juzaili dapat tawaran

ARKIB : 29/09/2001
AKMAL Rizal Rakhli dan Juzaili Samion telah menarik perhatian kelab Jerman, Eintracht Frankfurt yang menunjukkan minat untuk mengikat kontrak dengan kedua-dua bintang muda bola sepak negara itu.

``Keputusan sama ada Akmal dan Juzaili akan ditawarkan kontrak bergantung kepada pertemuan kami dengan presiden kelab itu Selasa depan,'' kata Holger Obermann yang bertanggungjawab memperkenalkan mereka kepada kelab Jerman itu.

Penasihat Teknikal Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) itu berkata satu lagi kelab, Mainz 05 turut tertarik dengan persembahan Akmal. Ia telah menawarkan program latihan selama enam minggu kepada Akmal malah mungkin mengambilnya untuk musim perlawanan tidak lama lagi.

Obermann bersama-sama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yap Nyim Keong menemani Akmal dan Juzaili serta penjaga gol, Kamarulzaman Hassan dan pertahanan, Irwan Fadli Idrus menjalani ujian di Jerman.

Keempat-empat pemain itu akan menjalani ujian dengan dua lagi kelab iaitu Darmstad dan Borussia Fulda dalam tempoh dua hari lagi sebelum kembali ke Malaysia pada 3 Oktober.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bkxrwb00

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan