MyMetroNode
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
Alor Setar: Keserasian lima
pemain profesional termasuk bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad
Rakhli dan tiga pemain pasukan Kedah diharap mampu melengkapkan senarai 25
pemain Kedah United yang akan beraksi dalam Liga FAM dan Piala FA 2015.
Pengurus Shaharol Niza Omar
berkata, bagi Liga FAM nanti, Kedah United meletakkan sasaran
sekurang-kurangnya kedudukan dua pasukan terbaik untuk layak ke Liga Perdana
2016.
“Saya percaya dengan gabungan
pemain profesional, berpengalaman dan muda, Kedah United mampu mencapai sasaran
ditetapkan.
“Untuk membentuk pasukan mantap,
kita perlukan pemain berpengalaman untuk digabung dengan bakat muda.
“Dalam hal ini kami bangga kerana
Akmal bersedia menggalas cabaran dan bakal membimbing pemain muda nanti,”
katanya pada sidang media di Wisma Kurnia, semalam.
Hadir sama, Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah yang juga
Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah Darul Aman (PBMK) Badrolhisham
Hashim.
Shaharol Niza berkata, Mohd Nizat
Salleh, Mohd Shukri Fadzil dan Mohd Zulfaizam Khamis bakal memperkukuhkan
benteng Kedah United dengan Mohd Farizal Rozali akan membantu melicinkan
jentera serangan dikepalai Akmal Rizal.
“Kedah United juga akan diperkuat
tiga pemain yang dipinjam dari skuad Kedah, Mohd Ridzuan Rumlee, Wan Mohd
Shukri Wan Ahmad dan Mohd Syamim Alif Mohd Sobri,” katanya.
Sementara itu, Shaharol berkata,
selain gabungan pemain berwibawa, Kedah United juga akan dibantu bekas penjaga
gol Kedah, Ahmad Sobri Ismail sebagai jurulatih penjaga gol pasukan membantu
Abdullah Hassan selaku ketua jurulatih.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 1 January 2015 @ 7:02 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan