Ahad, 17
Februari 2019 | 1:41pm

JURULATIH
skuad bawah 17 tahun (B-17) Singa Utara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sah letak
jawatan selepas tidak dibayar gaji sejak 1 Disember lalu. - Foto FB Official
Perlis FA
Akmal Rizal
letak jawatan jurulatih B-17 PFA
Oleh Dziyaul
Afnan Abdul Rahman
bhsukan@bh.com.my
KANGAR:
Jurulatih skuad bawah 17 tahun (B-17) Singa Utara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli
meletakkan jawatannya selaku jurulatih skuad itu selepas hanya tiga bulan
membimbing pasukan.
Akmal Rizal
berkata, dia akan menyerahkan surat perletakan jawatan selewatnya Selasa ini
dan hala tuju pasukan yang dibimbingnya itu akan ditentukan sendiri oleh
Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).
Katanya,
faktor utama perletakan jawatannya berikutan gaji yang tidak dibayar oleh PFA
kepadanya sejak 1 Disember lalu.
"Saya
belum terima apa-apa bayaran gaji sejak memulakan sesi kejurulatihan bersama
PFA sampai sekarang.
"Sejujurnya,
saya tak nampak hala tuju PFA dalam menguruskan skuad bawah 17 negeri dan
segalanya berubah sama sekali tidak mengikut perancangan yang dimaklumkan
pengurusan PFA kepada saya sebelum ini.
"Saya
sudah melakukan sesi pemilihan sebanyak dua kali dan senarai penuh pemain sudah
ada, tetapi bila ditanya mengenai soal pertukaran sekolah pemain dan jadual
latihan, pihak pengurusan hanya minta saya menunggu sahaja," katanya yang
dihubungi, hari ini.
Akmal Rizal
berkata, dia sudah tidak boleh menunggu lagi memandangkan dirinya ada tanggungan
dan keluarga yang perlu diuruskan.
"Dahulu
lain dan segala perancangan nampak elok tetapi seolah ada sesuatu yang tak
betul sedang berlaku dan setiap kali ditanya mengenai pembangunan pemain pihak
pengurusan minta saya menunggu.
"Perkara
sebegini tidak boleh berlaku kerana industri bola sepak kita sedang membangun
dan saya harap pihak pengurusan perlu teliti selepas ini dan perlu ukur baju di
badan sendiri setiap kali menandatangani kontrak jurulatih serta pemain,"
katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Ahad, 17 Februari 2019 | 1:41pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan