Dilahirkan pada 12 Disember 1981,
keistimewaan Akmal mula dikesan pada Kejohanan Piala Nike Asia Pasifik bawah 14
tahun di Kuala Lumpur dan sejak itu, bermulalah perjalanan hidupnya sebagai
permata yang cukup bernilai dalam kancah bolasepak tanahair.
Anak ke tiga daripada lima adik beradik
ini menampilkan bakat semulajadinya untuk dipilih sebagai pemain terbaik dan
“Most Valuable Player In Asia Pacific”. Akmal turut muncul penjaring terbanyak
kejohanan dengan sembilan gol.[1]________________________________________
[1]http://bolakedah.tripod.com/page_eman.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan