MyMetroArena

Meor Riduwan
Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
TANGGUNGJAWAB
besar menanti bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli apabila
diikat pasukan Pulau Pinang sebagai penolong ketua jurulatih.
Lega hasratnya
untuk membimbing skuad senior tercapai, dia bertekad membantu Manzoor Azwira
Abdul Wahid membentuk skuad terbaik untuk musim 2020.
Katanya, dia
sedar harapan pengurusan dan penyokong cukup tinggi apabila pasukan Harimau
Kumbang mempamerkan kebangkitan baik musim ini dan hampir layak ke Liga Super.
“Kontrak saya
bersama Pulau Pinang selama setahun. Harapan saya untuk membantu ketua
jurulatih dan barisan kejurulatihan bagi membentuk skuad terbaik untuk musim
depan.
“Saya setuju
bersama P Pinang kerana ketua jurulatih (Mazoor Azwira) sendiri mengajak saya
untuk bekerjasama dengan beliau.
“Saya kenal
rapat dengan beliau dan pernah bermain bersama ketika dalam pasukan Kedah dan
Kuala Muda Naza,” kata bekas ketua jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja (PERR)
2019 Kedah itu.
Arena Metro
sebelum ini melaporkan Akmal Rizal mencari kontrak baru dengan mana-mana
pasukan bagi membimbing pasukan belia, presiden ataupun skuad senior.
Akmal Rizal,
37, yang lulus lesen A kejurulatihan bola sepak pada Jun lalu pernah menjadi
penolong jurulatih Piala Belia Kedah pada 2017 selain membimbing pasukan
tempatan dalam Liga Bola Sepak Kedah serta skuad bawah 17 tahun (B-17) Perlis
tahun lalu.
“Perasaan saya
gembira dan teruja kerana tanggungjawab ini cukup besar. Ini juga pengalaman
pertama saya sebagai jurulatih untuk pasukan Liga Perdana,” katanya yang
memiliki akademi bola sepak sendiri iaitu Akmal Rizal Football Academy.
Pulau Pinang
menduduki tangga ketiga Liga Perdana 2019 dengan mengumpul 30 mata hasil lapan
kemenangan dan masing-masing enam seri dan tewas daripada keseluruhan 20
perlawanan.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 7:13 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan