ARKIB : 04/05/1998
MELAKA mengejutkan penyandang juara, Selangor dengan kejayaan 2-1 pada
perlawanan Pesta Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum, Jitra, petang semalam, lapor MARZUKI
MOHAMAD.
Pada perlawanan kumpulan A itu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada
separuh masa pertama.
Bagaimanapun enam minit selepas rehat, Mirsad Amri memperdayakan penjaga
gol, U. Saragunan yang meluru untuk menyelamatkan keadaan sementara gol kedua
disumbat oleh Suhairi Othman minit 69.
Selangor bangun merapatkan jurang dan kesempatan terbaik yang diambil oleh
D. Surindren mengenai sasaran pada minit ke-77 malangnya percubaan berterusan
selepas itu tidak mengubah kedudukan.
Naib juara tahun lalu, Kedah pula berjaya menundukkan Pulau Pinang 3-1 bagi
perlawanan kumpulan B, di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
Pemain tuan rumah, Akmal Rizal Ahmad melakukan hat trick dengan
jaringan pada minit kedua, ketiga dan 37 manakala gol tunggal Pulau Mutiara itu
dihasilkan oleh Mohamad Azaini Ahmad pada minit 48.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan