ARKIB : 31/03/2004
PENYERANG kebangsaan, Khairuddin Omar menyifatkan kehadiran Akmal
Rizal Rakhli bakal menyuntik semangat barisan serangan pasukan bola
sepak kebangsaan yang berdepan Kuwait pada perlawanan kelayakan Piala
Dunia menentang Kuwait di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini,
lapor Syed Hisham Idris.
Menurutnya, Akmal yang berada di prestasi terbaik ketika bersama pasukan pra-Olimpik mampu mempertajamkan lagi barisan serangan skuad pra Piala Dunia.
``Saya yakin dia akan bermain esok (malam ini) dan saya tidak kekok digandingkan dengannya sekalipun sudah lama tidak bermain dalam satu pasukan.
``Begitu juga Akmal, dia mudah menyesuaikan corak permainan pemain lain terutama Nizaruddin (Yusof),'' katanya.
Malaysia tewas 1-3 kepada Hong Kong dalam perlawanan pertama 18 Februari lalu.
Kelmarin, selain Akmal, jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal menyenaraikan empat lagi pemain pra-Olimpik iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin, Irwan Fadli Idrus dan Fadzli Shaari.
Khairuddin berkata, kesemua pemain tersebut mampu memantapkan semua posisi dalam pasukan.
``Pemain tersebut bukanlah asing bagi saya kerana kami pernah bermain dalam satu pasukan.
``Tidak syak lagi mereka merupakan bekalan terbaik untuk menentang Kuwait untuk memastikan kekecewaan menentang Hong Kong tempoh hari tidak berulang,'' katanya.
Sementara itu, Akmal mahu membalas kepercayaan jika namanya tersenarai dalam kesebelasan utama malam ini dengan memberikan aksi terbaik.
Walaupun baru sahaja menggalas tugas dalam skuad pra-Olimpik, pemain kelahiran Kedah itu masih ghairah untuk membantu skuad senior negara.
``Ini merupakan satu penghormatan kerana diberi kepercayaan bermain untuk pasukan pra-Olimpik dan Piala Dunia.
``Saya menganggap ini sebagai satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik mungkin,'' katanya.
Mengenai lawan malam ini, Akmal berkata dia belum ada pengalaman menentang Kuwait tetapi menghormati keupayaan mereka.
``Saya meletakkan Kuwait sama taraf dengan pasukan dari Asia Barat yang lain. Yang pasti mereka pasukan yang kuat tetapi tidak mustahil mampu mengejutkan mereka,'' katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan