Editorial Staff Editorial Staff
April 26, 2017
Embed from Getty Images
Pengurus Liverpool FC, Jurgen
Klopp suatu ketika dahulu dikatakan pernah berhasrat menawarkan tempat buat
bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk beraksi dalam pasukan
bimbingannya, Mainz 05.
Keputusan itu dibuat selepas
beliau menyaksikan aksi Akmal didalam perlawanan ujian di Mainz pada 26
September 2001. Klopp yang pada ketika itu merupakan ketua jurulatih Mainz 05
dilaporkan berminat untuk menjemput Akmal menyertai kem latihan pasukannya selama
6 minggu sekitar bulan mac 2002, iaitu selepas berakhirnya musim bolasepak
2001/2002 di Jerman. Selain Mainz 05, sebuah lagi kelab yang menyatakan minat
terhadap Akmal ialah Eintract Frankfurt.
Namun ianya tidak menjadi
kenyataan, Akmal yang pada ketika itu merupakan pemain skuad bawah 23
kebangsaan akhirnya memilih untuk beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya,
Kedah Darulaman yang beraksi dalam liga Perdana Dua.
Kehadiran Akmal di Jerman adalah
sebagai usaha FAM untuk memberi peluang kepada beliau menimba ilmu dan
pengalaman di peringkat antarabangsa dan dalam pada masa yang sama mengintai
peluang menyertai pasukan dalam liga Jerman.
Beraksi bersama pasukan luar
negara bukanlah sesuatu yang asing bagi Akmal, beliau sebelum itu pernah
beraksi di Perancis bersama pasukan RC Strasbourg dan FCSR Haguenau.
Selain Akmal, tiga lagi pemain
yang berada dalam program ini ialah Juzaili Sameon, Irwan Fadli Idrus dan
Kamarulzaman Hassan, mereka turut bersama Akmal dalam pasukan kebangsaan yang
memenangi pingat Perak di Sukan Sea XXI. Pemain-pemain ini berada di Jerman
selama 10 hari dan menyertai latihan bersama 7 pasukan liga Jerman, iaitu Bayer
Leverkusen,Eintract Frankfurt, Karlsruher S, Rot-Weiss Oberhausen,Mainz 05,
Darmstadt 98 dan Borussia Fulda.
SUMBER-http://boladaily.com/bola-malaysia/jurgen-klopp-pernah-berhasrat-mendapatkan-khidmat-akmal-rizal/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan