Facebook Twitter
Email Google whatsapp icon
FAM perlu lebih proaktif tangani
isu persaraan pemain - Akmal Rizal
AKMAL RIZAL: Boleh ambil pemain
muda, tapi jangan harap kejayaan dalam masa singkat.
BEKAS penyerang kebangsaan, Akmal
Rizal Ahmad Rakhli, menggesa pengurusan skuad kebangsaan bertindak lebih
proaktif dalam menangani isu persaraan empat pemain negara dari pasukan Johor
Darul Ta'zim (JDT).
Kebimbangan Akmal terbit daripada
Jelajah Oceania, Jun lalu.
Skuad kebangsaan menerima
tamparan apabila Safiq Rahim, S. Kunanlan, Amirulhadi Zainal dan Aidil Zafuan
Abd Radzak mengumumkan persaraan daripada mewakili negara.
Akmal, bagaimanapun, mahu
mengetepikan kebetulan empat pemain ini mengambil pendekatan sama, sebaliknya
mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji kepincangan membabitkan
Harimau Malaysia.
"Untuk skuad kebangsaan,
mereka boleh memanggil pemain buat jangka masa yang lama jika bersaing dalam
mana-mana kejohanan kompetitif.
"Namun, untuk aksi
persahabatan, kita perlu mengikut langkah sepertimana dilakukan pasukan di
Eropah di mana tiga atau empat hari sebelum perlawanan baru pemain
dipanggil," katanya.
Sedekad mewakili Malaysia dari
1998 hingga 2008 memadai buat legenda Kedah itu menawarkan cadangan hala tuju
skuad negara selepas ini.
Tidak kira apa falsafah
pengendali Datuk Ong Kim Swee, katanya, pemain yang menyinar dalam saingan Liga
Super wajar diberi perhatian.
"Apapun, skuad kebangsaan
perlu melihat kepada pemain terbaik dalam saingan liga, kita boleh mengambil
pemain muda tetapi kita tidak boleh mengharapkan kejayaan dalam masa
singkat."
SUMBER- http://www.astroawani.com/berita-sukan/fam-perlu-lebih-proaktif-tangani-isu-persaraan-pemain-akmal-rizal-111310
Tiada ulasan:
Catat Ulasan