ARKIB : 02/11/2006
Oleh AMRAN MULUP
KUALA LUMPUR Selangor
terpaksa melupakan khidmat ayam tambatan baru Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk
sekurang-kurang tiga bulan apabila kempen Liga Super musim 2006/07 bermula
Disember ini.
Skuad Merah Kuning hanya akan
dapat menggunakan sepenuhnya tenaga bekas penyerang kebangsaan dan Kedah itu
pada hujung Februari ini.
Begitupun kedudukan Akmal Rizal
bergantung sepenuhnya kepada berapa cepat dia akan pulih daripada kecederaan
yang melandanya sebelum ini.
Jurulatih Dollah Salleh
berkata, beliau mengakui Akmal Rizal masih dibelenggu kecederaan dan telah mula
menjalani rawatan pemulihan dengan bantuan pakar fisioterapi skuad Merah
Kuning.
Berdasarkan sesi latihan
pemulihan yang dijalani oleh bekas penyerang Kedah itu menurut Dollah, Akmal
dijangka dapat diturunkan beraksi pada penghujung Februari ini.
Buat masa ini dia (Akmal
Rizal) akan terus mendapat pengawasan daripada pakar fisioterapi Selangor
sehingga dia benar-benar pulih untuk beraksi.
Selagi dia tidak pulih maka
saya tidak akan memperjudikan khidmat Akmal Rizal untuk beraksi dalam
kesebelasan utama, ujarnya semalam.
Buat Dollah keputusan Selangor
menambat penyerang itu ketika dia masih dibelenggu kecederaan tidak dianggap
pelaburan merugikan.
Ujarnya, setakat ini Akmal
Rizal telah menunjukkan perkembangan positif menjalani rawatan pemulihan sejak
Selangor mula mengadakan sesi latihan Isnin lepas.
Saya yakin dengan kesungguhan
yang ditunjukkannya dia akan dapat pulih menjelang Februari ini, katanya.
Mengenai kedudukan penyerang
kebangsaan Sapee Sali Dollah berkata, kecederaan yang dialami bekas penyerang
Sarawak itu semakin pulih.
Katanya, tiada kesangsian Sapee
akan dapat diturunkan dalam aksi pertama Selangor Disember ini.
Buat jurulatih Selangor itu
kehadiran gandingan Akmal Rizal dan Sapee mampu menyuntik kekuatan bahagian
serangan ketika skuad Merah Kuning telah mengambil keputusan tidak akan
menggunakan khidmat pemain import.
Beliau menegaskan masih terlalu
awal untuk memperkatakan mengenai ketajaman gandingan mereka mengetuai jentera
serangan Selangor musim ini.
Dari segi skill dan kekuatan
fizikal Akmal Rizal dan Sapee saya tidak sangsi mereka mampu mempamerkan aksi
menarik membawa kemenangan kepada Selangor, katanya.
Mengenai pemain lain kata
jurulatih itu lagi, tempoh sebulan akan digunakan untuk mencari gandingan
paling ampuh untuk bersaing dalam liga musim baru ini.
Katanya, kehadiran bekas pemain
Pahang, Fadzli Saari, dua penjaga gol Anis Faron Arsidi (Sabah) dan Megat Amir
Faisal Ibrahim (Kedah) serta lapan pemain skuad Piala Presiden Merah Kuning
mampu menyuntik kekuatan ampuh Selangor.
Selain itu Selangor turut
mengekalkan khidmat enam pemain senior musim lalu antaranya ketua pasukan
Shukor Adan, Amri Yahyah, D Surendran, P Gunalan, Razman Roslan dan Fadhil
Hashim.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4sAqyLSAk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan