Khamis, 31 Oktober 2019

Akmal menanti lamaran


ARKIB : 11/10/2008
Bola sepak
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
KUALA LUMPUR - Minat pasukan tempatan yang gemar mendapatkan pemain muda menyebabkan ada bintang senior terpinggir dan belum mendapat tawaran untuk beraksi dalam mana-mana kelab atau pasukan negeri menjelang kempen Liga Malaysia musim depan.

Antara pemain yang merasai bahang trend tersebut ialah bekas penyerang Selangor dan kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli yang mengakui belum dilamar oleh mana-mana pasukan.

Menurut Akmal, selepas kontraknya bersama Selangor tidak disambung, dia masih menunggu tawaran untuk meneruskan aksi musim depan tetapi setakat ini belum ada pasukan yang membuat tawaran serius.

''Saya hanya menerima tawaran secara lisan tetapi sehingga kini tiada perbincangan susulan diadakan.

''Saya tidak tahu sejauh mana pasukan berkenaan berminat. Sehingga kini saya masih menunggu tawaran dari pasukan yang benar-benar mahukan khidmat saya,'' katanya.

Menurut Akmal, dia masih memiliki sentuhan berbisa selepas menjaringkan 10 gol untuk Selangor walaupun diturunkan dalam sembilan atau 10 perlawanan sahaja.

''Ketika ini mungkin masih awal untuk pasukan melengkapkan senarai pemain kerana kebanyakan pasukan masih lagi dalam mood raya menyebabkan mereka masih belum bersungguh-sungguh mendapatkan pemain baru.

''Saya sedia beraksi dengan mana-mana pasukan dan menjanjikan sumbangan terbaik kerana masih memiliki keupayaan seperti dahulu,'' ujarnya.

Akmal berharap ada pasukan yang membuat tawaran awal bagi membolehkannya memulakan persediaan awal untuk menghadapi saingan musim depan.

Sama seperti Akmal, penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof juga masih belum mempunyai pasukan.

Menurut pemain yang kini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan itu, dia mengintai aksi bersama pasukan di Lembah Klang kerana mempunyai komitmen terhadap keluarga.

''Setakat ini saya belum lagi menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan. Saya masih mampu memberikan yang terbaik kepada mana-mana pasukan apatah lagi prestasi saya semakin meningkat,'' katanya.

Namun nasib berbeza dialami bekas pemain Pahang, Hairuddin Omar yang mengakui mendapat tawaran daripada beberapa pasukan namun enggan mendedahkan nama pasukan itu.

''Ya... tawaran memang ada cuma saya masih belum membuat keputusan untuk menerima tawaran dari pasukan mana.

''Banyak pertimbangan yang harus dibuat terutama soal gaji, status pasukan dan yang paling penting pasukan mana yang paling serius berminat untuk khidmat saya dan kesungguhan mereka dalam membentuk pasukan yang mantap,'' katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz50sOL7RgE
© Utusan Melayu (M) Bhd


Sabtu, 26 Oktober 2019

BARISAN 18 PEMAIN SKUAD OLIMPIK 2000


Penjaga gol: Megat Amir Faizal Ibrahim, Jamsari Sabian.
Pertahanan: Johnny Joseph, S. Jayaprakash, Abdul Rauf Ahmad, M. Gopalan, R. Nanthakumar, Nik Ahmad Fadli Nik Leh, Yuzaiman Zahari. Pemain tengah: Das Gregory Kolopis, Jaafar Md Saleh, Khairun Haled Masrom, Shawal Johadi, Rosle Derus.
Penyerang: Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Chow Chee Weng, Mohd. Rafdi Rashid, Khalid Jamlus.

Jumaat, 25 Oktober 2019

PM 2 - Jun 24, 2008 (Selasa)

A
Selangor
Frank Seator (39'), Mohd Safee Sali (68'), Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (90+1')
3-1
Sarawak
Saifulaye Camara (86' penalti)
Std Shah Alam

PM 2 - Jun 24, 2008 (Selasa)

A
Selangor
Frank Seator (39'), Mohd Safee Sali (68'), Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (90+1')
3-1
Sarawak
Saifulaye Camara (86' penalti)
Std Shah Alam

Akhir PIALA FA Jun 21, 2008 (Sabtu

Akhir PIALA FA Jun 21, 2008 (Sabtu)
Kedah
Fadly Baharom (2'), Khyril Muhymeen Zambri ('33), Shafiq Jamal (51')
3-2
Selangor
Amirul Hadi Zainal (13'), Frank Seator (71' penalti)
Std Shah Alam

minit 75-Pemain Kedah Sabree Abu dibuang padang kerana mendapat kad merah

Kedah: Pemain: 1-Helmi Eliza Elias, 2-Victor Andrag (Kapt) (3-Ronny Harun), 17-V. Thirumurugan, 16-Fazliata Taib, 6-Shafizan Hashim, 10-Nelson San Martin, 11-Ahmad Fauzi Shaari, 15-Mohd Fadly Baharom (13-Saramsak Kram), 27-Badrol Bakhtiar, 28-Shafiq Jamal (26-Sabree Abu), 18-Mohd Khyril Muhymeen Zambri,

Simpanan: 4-Mohd Bunyamin Umar, 22-Mohd Alhafiz Hamzah,

Jurulatih:Azrai Khor Abdullah

Tidak dapat diturunkan: 6-Bernard Hunggin, 9-Marlon Alex James

Selangor: Pemain: 23-Suffian Abdul Rahman, 4-Evans Chisulo, 26-Nasriq Baharom, 15-P. Gunalan, 3-Razman Roslan (16-Abdul Ghani Rahman, 25-Shukor Adan (Kapt), 27-Amirulhadi Zainal (23-Indra Puta Mahayuddin), 8-Ellie Aiboy, 11-R. Surendran (9-Frank Seator, 17-Amri Yahyah, 10-Safee Sali

Simpanan: Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Digantung: 19-D. Surendren

Jurulatih: Dollah Salleh 

Pusingan 1 - Perlawanan 2Mac 04, 2008 (Selasa)

DPMM FC, Brunei DS
Shahrazen Said (48'), Francois Mpessa (57')
2-2 (agg 3-7)
Selangor
Akmal Rizal Rakhli (56', 65')
Std Negara Hassanal Bolkiah, BSB

PIALA FA 2008

Selangor
Safee Sali (15', 35', 65'), Frank Seator (73'), Akmal Rizal (85')
5-1
DPMM FC, Brunei DS
Hasnawi Ismail (88')
Std Shah Alam

LS 24 - April 19, 2008 (Sabtu)

Selangor
Safee Sali (61'), Frank Seator (79', 88'), Akmal Rizal (90')
4-3
Pahang
Hairuddin Omar (43', 90+2'), Rosdi Talib (45')
Std Shah Alam

LS 24 - April 19, 2008 (Sabtu)

Selangor
Eily Aiboy (27'), Shukor Adan (31', 53'), Akhmal Rizal (90')
4-1
Sarawak
Zamri Morshidi (85')
Std Shah Alam

Khamis, 24 Oktober 2019

LS 19 - Mac 11, 2008 (Selasa)

PDRM
Budi Santoso (67')
1-2
Selangor
Akmal Rizal (5', 82')
Std MPS, Selayang

Suku Akhir Perlawanan Pertama

Suku Akhir Perlawanan Pertama
Mac 15, 2011 (Selasa)
22
Kuala Lumpur
Ahmad Azlan Zainal (55' penalti)
1-2
Pahang
Famirul Ashraf Sayuti (29'), Azmuddin Akil (64')
Std Darul Makmur, Kuantan
23
Perak
Isma Alif Mat Salim (14'), Md Fazrul Hazli (70'), Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (82')
3-2
Terengganu
Abdul Manaf Mamat (40'), Reeshafiq Alwi (90')
Std Perak, Ipoh
24
Selangor
Hardi Jaafar (49'), Rudie Ramli (55'), Amri Yahyah (71')
3-1
Johor
Mohd Aliff Mohd Yusof (78')
Std Shah Alam
25
Kelantan
Mohd Badhri Radzi (45'), Norshahrul Idlan Talaha (70')
2-2
KL Felda United
Muhammad Zamri Chin (31'), Liew Kit Kong (90' penalti)
Std Sultan Mohamed Ke-IV, KB

                                                                                                                                     

Suku Akhir Perlawanan Kedua

Suku Akhir Perlawanan Kedua
Mac 19, 2011 (Sabtu)
27
Terengganu
Reeshafiq Alwi (29'), Abdul Manaf Mamat (51'), Abdul hadi Yahya (80')
3-1 (agg 5-4)
Perak
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (76')
Std Ismail Nasiruddin Shah, KT
28
Johor
Norizam Salaman (58')
1-2 (agg 2-5)
Selangor
Mohd Amri Yahaya (29', 50')
Std Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin

LS 8 - Januari 12, 2008 (Sabtu)

Selangor
Safee Sali (14', 28', 37'), Akhmal Rizal (85')
4-1
PDRM
Hillary Echesa (7')
Std Shah Alam

PIALA FA 2011

Mac 04, 2011 (Jumaat)
16
Perak
Mohd Nor Hazrul (81'), Razali Umar Kandasmy (83'), Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (89')
3-0
KL Sime Darby FC
Std Perak, Ipoh



PIALA FA 20111

Feb 19, 2011 (Sabtu)
2
Selangor PKNS FC
Mohd Khairul Akhyar (37', 53'),  P. Rajesh (56'), Mohd Khairul Azrin (61', 86'),
5-0
Johor MP 
Std MBPJ, Kelana  Jaya
3
Pahang
R. Surendran (56'), R. Karthigesu (69')
2-1
Sabah
Shahrul Azhar Ture (71')
Std Darul Makmur, Kuantan
4
PDRM
Khairul Izuan Abdullah (60')
1-4
Perak
Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (6'), Shahrulnizam Mustafa (30'), Mohd Shafiq Jamal (51'), Razali Umar Kandasamy (89')
Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Ahad, 20 Oktober 2019

Pesta Bola Sepak MSSM -- Melaka kejutkan juara pertahan


ARKIB : 04/05/1998
MELAKA mengejutkan penyandang juara, Selangor dengan kejayaan 2-1 pada perlawanan Pesta Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum, Jitra, petang semalam, lapor MARZUKI MOHAMAD.
Pada perlawanan kumpulan A itu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun enam minit selepas rehat, Mirsad Amri memperdayakan penjaga gol, U. Saragunan yang meluru untuk menyelamatkan keadaan sementara gol kedua disumbat oleh Suhairi Othman minit 69.
Selangor bangun merapatkan jurang dan kesempatan terbaik yang diambil oleh D. Surindren mengenai sasaran pada minit ke-77 malangnya percubaan berterusan selepas itu tidak mengubah kedudukan.
Naib juara tahun lalu, Kedah pula berjaya menundukkan Pulau Pinang 3-1 bagi perlawanan kumpulan B, di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
Pemain tuan rumah, Akmal Rizal Ahmad melakukan hat trick dengan jaringan pada minit kedua, ketiga dan 37 manakala gol tunggal Pulau Mutiara itu dihasilkan oleh Mohamad Azaini Ahmad pada minit 48.

Jumaat, 11 Oktober 2019

Masukkan Sumareh 30 minit terakhir...


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my

Kuala Lumpur : Bekas penyerang Harimau Malaya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mencadangkan tonggak sayap negara, Mohamadou Sumareh hanya dibawa masuk pada baki 30 minit terakhir dalam aksi final kedua Piala AFF menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, malam esok.

Akmal, 37, yang juga bekas penyerang kelab RC Strasbourg di liga utama Perancis itu berkata, perubahan strategi berkenaan penting bagi mengelirukan pertahanan Vietnam yang sudah bersiap sedia untuk merantai pergerakan Sumareh.

"Kalau tengok pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil, permainan kita sudah baik sebenarnya. Cuma sedikit kelalaian di bahagian tengah menyaksikan Vietnam berjaya menghukum kita dengan serangan pantas.

"Tapi kalau boleh perlawanan di Hanoi nanti, saya harap Tan Cheng Hoe dapat turunkan Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dulu. Lepas 30 minit terakhir baru kita masukkan Sumareh kerana tempoh itu mungkin pertahanan Vietnam sudah kepenatan.

"Di situlah kita boleh gunakan kepantasan dan skil individu Sumareh untuk menewaskan pertahanan lawan, sekali gus cuba menjaringkan gol atau mencipta jaringan buat rakan sepasukan," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, hari ini.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk mengulangi pencapaian 2010 dengan menjulang trofi Piala AFF buat kali kedua selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Bukit Jalil, pada Selasa lalu.

Menerusi peraturan gol di tempat lawan, skuad kendalian Park Hang Seo dilihat memiliki peluang cerah untuk menjulang trofi berkenaan dengan hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan di Hanoi.

Justeru, anak buah Cheng Hoe tiada pilihan lain selain mesti menang sekurang-kurangnya 1-0 untuk menamatkan perlawanan dengan agregat 3-2 memihak Malaysia.

"Pada saya tidak ada yang mustahil dalam bola sepak. Jika pemain fokus dan kekal disiplin, saya percaya kemenangan boleh dicapai dan ia sudah dibuktikan ketika mereka menentang Thailand (separuh akhir kedua) di Bangkok.

"Saya harap pemain akan beraksi seperti biasa dan ikut perancangan jurulatih. Insya-Allah kemenangan akan mengiringi kita," katanya yang pernah membuat penampilan Piala Tiger (nama kejohanan dulu) pada 2002 dan membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Disember 2018 @ 4:17 PM