ARKIB : 13/05/2004
MALAYSIA menamatkan kempen pusingan akhir kelayakan bola sepak Sukan
Olimpik dengan tunduk 2-1 kepada China, dalam perlawanan yang
menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan aksi dengan 10 pemain, di
Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam.
Kemenangan tipis China itu sekali gus melunaskan dendam mereka ke atas skuad Allan Harris yang memalukan mereka apabila mencatat keputusan seri 1-1 pada pusingan pertama di Wuhan Mac lepas.
Gol pertama China hadir ketika permainan baru berusia 10 minit apabila Yan Song menggunakan kelebihan ketinggiannya untuk menanduk masuk sepakan sudut sebelum Xu Liang menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan bebas ketika permainan berbaki enam minit.
Buat seketika, penyerang dari Kedah, Akmal Rizal Rakhli seperti mampu memastikan skuad negara mencuri satu mata apabila menjaringkan gol penyamaan 1-1 pada minit ke-72.
Perlawanan semalam mula kasar apabila ketua pasukan China, Hu Zhaojun dibuang padang kerana mengkasari Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-27.
Keputusan pengadil, Myong Song Hyon itu membuatkan pemain-pemain China tidak berpuas hati kerana mendakwa pemain tengah Malaysia, Indra Putra Mahayuddin pula telah membalas dengan menumbuk Zhaojun.
Namun, Song Hyon dari Korea Utara kekal dengan keputusannya.
Dan, permainan semakin panas dengan aksi yang semakin keras selepas itu.
Akmal Rizal tidak mensia-siakan peluang minit ke-72 apabila hantaran jauh Safee dikawal baik untuk melepasi seorang pertahanan China sebelum menewaskan penjaga gol, Yang Jun yang menerkam keluar.
Malaysia kemudian menyaksikan pemain gantian, Yosri Derma Raju dilayangkan kad merah setelah menjatuhkan penyerang gantian China, Wu Pingfeng, dan Xu Liang merembat kencang sepakan bebas dari jarak 20 meter kencang untuk menewaskan Mohamad Syamsuri Mustafa buat kali kedua pada minit ke-82.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan