MyMetroArena

Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my
BEKAS bintang
bola sepak negara dan Kedah Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini fokus mempromosikan
Nasi Arab AR14 di kawasan Jitra dan Kubang Pasu sepanjang ramadan dan tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau yang
juga Penolong Ketua Jurulatih skuad Pulau Pinang berusia 38 tahun berkata,
penjualan Nasi Arab AR 14 secara dalam talian ini memberi rezeki tambahan buat
dirinya dan keluarga.
"Sejak
ramadan bermula Jumaat lalu, saya kini mula memperkenalkan jualan Nasi Arab
AR14 di mana saya usahakan bersama sepupu saya di kawasan Jitra dan Kubang
Pasu.
Nasi Arab
resepi ayam ala Melayu ini berharga RM8 dan apa yang menariknya adalah menunya
disertakan dengan air asam yang memang terbaik dan kuah dalca yang sudah
menjadi kegemaran ramai.
"Nasi
Arab ini dikenali sebagai Nasi Arab AR 14 yang mana ia sesuai dengan imej diri
saya dalam dunia bola sepak dan melalui maklum balas daripada pelanggan, mereka
cukup berpuas hati." kata Akmal Rizal yang memaklumkan, semua penghantaran
dilakukannya bermula jam 4.30 petang di sekitar Jitra dan Kubang Pasu dan
pihaknya juga boleh menguruskan penghantaran sekitar Alor Setar.
"Bagi
pelanggan yang ingin membuat tempahan, mereka akan menghubungi saya melalui
whatsapp atau laman Facebook dan Instagram sebelum 1 tengah hari".
"Selain
Nasi Arab AR14 ini, saya juga akan memulakan penjualan dan penghantaran kuih
raya bermula pada minggu kedua bulan ramadan ini."
"Ada 12
jenis kuih raya yang popular akan saya pasarkan melalui media sosial dan
antaranya adalah Tat Nenas, Biskut Mazola dan banyak lagi kuih yang jarang
orang buat, tapi saya akan menjualnya." katanya.
Menyentuh
mengenai perkembangan semasa Liga Malaysia (Liga M) yang ditangguhkan akibat
wabak pandemik Covid-19, Akmal Rizal berharap tempoh PKP yang sedang
berlangsung ini akan segera menemui noktah apabila keadaan kembali selamat dan
pada masa sama mendoakan kejayaan Malaysia dalam memerangi wabak bahaya ini.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 2:03 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan