MyMetroNode
Oleh Mohamad
Hussin
mohamad@hmetro.com.my
Alor Setar:
Keserasian lima pemain profesional termasuk bekas penyerang kebangsaan, Akmal
Rizal Ahmad Rakhli dan tiga pemain pasukan Kedah diharap mampu melengkapkan
senarai 25 pemain Kedah United yang akan beraksi dalam Liga FAM dan Piala FA
2015.
Pengurus
Shaharol Niza Omar berkata, bagi Liga FAM nanti, Kedah United meletakkan
sasaran sekurang-kurangnya kedudukan dua pasukan terbaik untuk layak ke Liga
Perdana 2016.
“Saya percaya
dengan gabungan pemain profesional, berpengalaman dan muda, Kedah United mampu
mencapai sasaran ditetapkan.
“Untuk
membentuk pasukan mantap, kita perlukan pemain berpengalaman untuk digabung
dengan bakat muda.
“Dalam hal ini
kami bangga kerana Akmal bersedia menggalas cabaran dan bakal membimbing pemain
muda nanti,” katanya pada sidang media di Wisma Kurnia, semalam.
Hadir sama,
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah
yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah Darul Aman (PBMK)
Badrolhisham Hashim.
Shaharol Niza
berkata, Mohd Nizat Salleh, Mohd Shukri Fadzil dan Mohd Zulfaizam Khamis bakal
memperkukuhkan benteng Kedah United dengan Mohd Farizal Rozali akan membantu
melicinkan jentera serangan dikepalai Akmal Rizal.
“Kedah United
juga akan diperkuat tiga pemain yang dipinjam dari skuad Kedah, Mohd Ridzuan
Rumlee, Wan Mohd Shukri Wan Ahmad dan Mohd Syamim Alif Mohd Sobri,” katanya.
Sementara itu,
Shaharol berkata, selain gabungan pemain berwibawa, Kedah United juga akan
dibantu bekas penjaga gol Kedah, Ahmad Sobri Ismail sebagai jurulatih penjaga
gol pasukan membantu Abdullah Hassan selaku ketua jurulatih.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 7:02 AM