ARKIB : 27/11/1998
PENYERANG muda Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakli
dipanggil bagi memperkukuhkan jentera serangan skuad Olimpik 2000, lapor AMRAN
MULUP.
Pemain yang mendapat pendedahan beraksi dengan Kelab
Bayern Munich, Jerman tahun lalu itu disifatkan menjadi jawapan kepada
ketumpulan jentera serangan Olimpik.
Menurut pengurus pasukan, Tan Sri Elyas Omar nama
Akmal dijangka melapor diri selepas pemain itu tamat menghadapi peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Kehadiran Akmal dijangka mampu memperkukuhkan
jentera serangan yang sejak akhir-akhir ini nampak kurang menyengat,'' kata
Elyas.
Akmal bukan terlalu asing buat skuad Olimpik yang
pernah menimba pengalaman selama enam bulan dalam skuad Bawah 19 tahun yang
turut dikendalikan oleh Hatem.
''Hatem yakin kehadiran Akmal mampu menyuntik
kemantapan jentera serangan di samping Khalid Jamlus, Chow Chee Weng dan
Hairuddin Omar,'' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan