ARKIB :
13/04/2011

Pemain Perak,
Akmal Rizal (kiri) dihalang pemain Kelantan, Mohd. Farisham Ismail pada
perlawanan Liga Super di Stadium Perak, semalam. UTUSAN/Mohd. Najib Mohd. Nor
KUALA LUMPUR
Perak membuktikan bisa di gelanggang sendiri apabila membelasah Kelantan 4-0
pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.
Kekalahan
tersebut menyebabkan skuad Datuk M. Karathu terpaksa menyerahkan takhta liga
kepada Selangor, yang menang 1- 0 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak
Kuala Lumpur.
Lebih malang
kekalahan tersebut menyebabkan Kelantan tercicir ke tangga keempat di belakang
Selangor, Perak dan Terengganu.
Pada pertembungan
hangat di Ipoh, anak buah Norizan Bakar garang apabila meraih gol pembukaan
seawal minit kelima menerusi gerakan solo Mohd. Fazrul Hazli Kadri.
Gol awal itu
menyemarakkan pasukan tuan rumah sehingga menghasilkan jaringan kedua pada
minit ke-29 menerusi kerja keras Akmal Rizal Ahmad Rakhli, yang melakukan
hantaran dari sebelah kiri sebelum disambar Mohd. Shafiq Jamal yang menewaskan
penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Perak memadam
semangat Kelantan melalui gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh Akmal Rizal
pada minit ke-80.
Pemain
kontroversi, Razali Umar Kandasamy yang masuk selaku pemain gantian,
menambahkan derita Red Warriors menerusi jaringan terakhir Perak, dua minit
kemudian.
Fadzli Saari
menjaringkan gol tunggal Selangor pada minit ke-31 bagi membolehkan Red Giant
melakar kemenangan tipis ke atas Felda United, 1-0.
Di Stadium
Sultan Ismail Nasirrudin Shah, T-Team kalah 0-1 kepada Terengganu menerusi
Jaringan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-47.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5e0nI8qKD
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan