ARKIB : 25/10/2001
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia
(FAM) sedia memberikan kebebasan kepada penyerang kebangsaan berbakat besar,
Akmal Rizal Rakhli untuk menentukan haluannya dalam berguru dengan mana-mana
kelab di Eropah jika kurang berminat dengan Jerman.
Justeru Timbalan Presiden FAM,
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, persatuan tidak pernah menyekat
hasrat Akmal itu asalkan beliau benar-benar bersedia untuk mengharungi cabaran
menggunung dengan kelab pilihannya.
Menurut beliau, FAM sentiasa
bersikap terbuka malah tidak pernah meletakkan sebarang syarat terhadap
mana-mana pemain yang berhasrat menimba pengalaman berlatih dan bermain di
Eropah.
``Kita tunggu dan lihat. Biar
Akmal yang putuskan. Mana-mana pemain yang mahu memilih kelab berlatih mereka,
boleh, saya tak sekat. FAM terbuka dalam hal ini,'' kata beliau di Kuantan,
Pahang.
Laporan beberapa akhbar baru-baru
ini menyebut, penyerang kelahiran Kedah itu tampak cenderung untuk kembali ke
Perancis selepas menyinar bersama kelab Haguenau dan Strasbourg di samping
Switzerland dan Sepanyol.
Titik tolak kerjaya bola sepak
Akmal di Eropah bagaimanapun adalah dengan Bayern Munich, Jerman hasil bantuan
Pengarah Penjaga Gol Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kelahiran
negara itu, Holger Obermann.
Sesudah membantu Malaysia
meraih pingat perak Sukan SEA XXI, bulan lalu, Akmal dan tiga lagi rakan
sepasukan turut dihantar menjalani ujian dengan beberapa kelab Jerman termasuk
Eintracht Frankfurt selama 10 hari.
Tengku Abdullah menambah:
``Sebenarnya kita hantar Akmal dan rakannya (Kamrulzaman Hassan, Irwan Fadli
Idrus dan Juzaili Samion) ke Jerman lalu atas bantuan Obermann.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bmRusxgG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan